Little Muslim Child Care Centre 

Tentang Kami

Objektif Kami

Mendidik dengan Kasih Sayang dan Keseronokan

Taska Terbaik menawarkan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti dengan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan selamat. Sertai kami untuk membina asas kukuh masa depan anak anda!

Tentang LITTLE MUSLIM

Komitmen terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak

LMCC bermula kerana saya seorang ibu yang bekerja, sama seperti kebanyakan anda. Kualiti khidmat penjagaan anak-anak dalam suasana selamat, bersih, harmoni dan penuh kasih sayang adalah berharga ketika ibubapa keluar bekerja. Suasana damai ini adalah sangat penting dan itulah suasana yang diterapkan di LMCC. Saya menghadapi cabaran apabila berurusan dengan taska yang berbeza, dan itu membuatkan saya ingin mencipta sesuatu yang istimewa. LMCC ialah tempat yang selamat dan menyeronokkan untuk anak-anak anda, di mana mereka boleh belajar dan bermain di premis yang mempunyai kawasan berumput yang luas serta ilmu peradapan dan kendiri diamalkan sejak seawal usia.

Mendidik generasi baru yang berketrampilan dan menerapkan perkembangan menyeluruh, seimbang dan bersepadu dari aspek fizikal, intelek, bahasa, emosi, sosial dan rohani sejajar dengan perkembangan pendidikan formal.

  • Membentuk Akidah, Akhlak, Sahsiah dan Keperibadian Luhur Dalam Kehidupan Seharian.
  • Menerapkan Nilai-nilai Murni dan Peradaban Dalam Diri Kanak-kanak.
  • Melazimkan dan Melengkapkan Kanak-kanak Dengan Kemahiran Kendiri Dalam Proses Pembelajaran Seawal Usia Sebelum Melangkah ke Pendidikan Formal.

Tentang LITTLE MUSLIM

Maksud Pada Logo Rasmi

Warna Hijau 

Hijau Adalah Warna Kemegahan Islam, Hijau Melambangkan Alam Dan Ketenangan, Kesegaran Dan Harapan  

 Warna Ungu 

UnguMelambangkan Inspirasi Tinggi, Kekuatan Rohani, Keanggunan Dan Kebenaran Yg Lebih Mendalam Serta Pengetahuan Yang Tersembunyi 

MATLAMAT 

Ingin melahirkan insan yang mempunyai akidah, akhlak dan kekuatan rohani.

MOTTO

PlayLearnGrowTogether – “Pendidikan awal Kanak Kanak bukanlah perlumbaan untuk melihat seberapa cepat seorang Kanak Kanak boleh belajar membaca, mengira atau menulis. Ia adalah masa untuk memberi inspirasi kepada keajaiban, Kreativiti Dan rasa ingin tahu sambil menerima permainan sebagai Ekspresi utama Kanak Kanak terhadap Perkembangan Sosial-emosi, Linguistic Dan Fizikal” 

Little Muslim Child Care Centre 

Daftar Si Kecil Anda di Little Muslim Child Care Hari Ini!

Jangan lepaskan peluang untuk memberikan pendidikan awal yang terbaik untuk anak anda. Daftar sekarang di Taska kami dan mulakan perjalanan pembelajaran yang menyeronokkan dan bermanfaat. Tempat terhad, daftar segera!

Scroll to Top